Tuesday, December 23, 2014

Buaian dan Mini Pelamin Khatam Al Quran

Asalamualaikum korangggg
Lama tak hapdate blog akak yang berhabuk dah ni
Nak kata bizi tak ada lah sangat tp sebab ada vitamin cap  M A L A S
Maka tak leh nak buat apa lah ya

Tapi semalam akak dah dapat semangat balik nak berblog
Sebab yang ini cerita menarik dan tak akan akak lupa sampai bila bila dikk
Bila customer akak kata dia jumpa akak melalui blog akak nie
Sebab itu lah akak mula menaip semula hahahaha ;)

Hari khamis lepas ada sorang customer call utk pakej buaian
Tp dia nak buat mini pelamin juga untuk Majlis Khatam Al Quran anak daranya
Akak pun boleh aja sebab dia nak simple simple aje
Ok akak send semua pic and bila customer agreed akak pun happy
Bila customer hantar alamat rumah ajer and nama dia terpampang kat screen akak itu
Macam nak tercabut jantung akak dekkkk!!










Alhamdulilah bila customer happy kami pun turut happy
Terima kasih yang tak terhingga pada Tan Sri Dr. Yusof Noor dan Puan Sri Wan Naaimah
kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami Buaian Berendoi Azma Azllim Decor
bagi memeriahkan lagi majlis khatam al - quran dan akikah untuk cucunda tersayang
Tan Sri dan Puan Sri memang tak lokek dengan senyuman
Bila Tan Sri kata ~ " Saya bangga bila ada anak melayu yang rajin mencari peluang berniaga "
Akak terus jadi bersemangat dengan kata - kata Tan Sri
Lepas dah siap - siap berkemas, Tan Sri sendiri mengiringi kami ke depan pintu kereta
Siap dengan pesanan ~ " Semoga terus berkembang maju ya "
Aminnnn alhamdulilah terima kasih ya Tan Sri :)

Naik ajer kereta akak terus teringat2 kata2 beliau dan rasa bersyukur
Beliau orang yang sangat merendah diri dan banyak yang kami bualkan
Kata - kata beliau tersemat dihati menjadi semangat untuk kami
Kenangan yang manis tak akan kami lupakan
Terima Kasih sekali lagi Tan Sri sekeluarga :)

Sekian

Friday, November 7, 2014

Cameron Highland ~ Cuti Sekolah

Sunyi sepi bukan tak ada
Tapi banyak kije2 lain yang perlu dibereskan
Tapi sebab akak dah janji nak sambung entry family day opis
Jadikkkkk.....moh membaca ya!

Lama nak menyiapkan sesatu enrty
Akak bizi skit sebab Abah dengan Mama kebetulan dapat panggilan ke Mekah
Jadi mmang agak kelam kabut sikit la ~ panggilan last minit
Alhamdililah akak cuba settle kan pasni ~ next enrty akak cerita ya

Nahhhh!!!!
Lepas berkubang di Bukit Merah Laketown Resort
Next pit stop di Cameron Highland ~ hazabb nok sebab jem!!
Tapi disebabkan kita semua naik bas maka ko hazab ke sensorang ya driver bas ;)
Akak arahkan ajer mana nak berhenti hahaha!!!

Berkumpul sebelum berjalan - jalan ~ jom kita breakfast dulu :)
Cukup pergi kat sini ajer sebab semuanya ada dan barang2 pun jauh kebih murah berbanding dengan ladang teh sendirik!

Lohhhh bila pulak topeng spenderman tuh ada kat akak ya!!

Geng - geng opismate akak :)

munger - munger chenta

Nie akak kat Laman Dapur ~ Chili afi nak????

Nah sampai ke atas kepala pun ada beso jugak ngko!

Giant tak??? Lobak putih yang sangat beso dabak!!

Chef yang sangat suka bila pergi part nie ~ sebab dia suka masak



Nahhhhhh amek lekok tanah!!!
Dan malas nak kendong kamera jadi gambar semua by handphone sahaja
Insyallah maybe next year kita ajar opis pergi jauh sikit la khan!!
Ok lah korang

Sekian ;))))))

Tuesday, September 23, 2014

Bukit Merah Laketown Resort

Taip padam taip padam apa dah jadi ngan akak ye
Bukan apa bila keadaan tak mengizinkan maka
terbantot habes semua cerita cerituk akak ;)
Ehh korang tunggu dulu kalau entry buaian nnt akak hapdate
Nie nak cerita pasal family day office baru baru nie :)

Memula tu banyak sangat cadangan tapi bila bincang balik
Pikir pulak anak - anak pun cuti sekolah nak start
So kami decide jom kita ke Bukit Merah Lake Town Resort yeay!!!!
Kami sewa sebijik bas senang kerja
Semua naik satu bas ~ dah macam rombongan cik kiah ngko!! ;))


Add caption
budak nie tak pernah naik bas
bila dapat naik tak nak tidow sibuk dok tengok luar ajer ~~ haihh la anak ;)

Kami bertolak dari KL jam 3.30 petang
Sampai Bukit Merah Laketown lebih kurang jam 8.30 malam gitew
Terus ajer dinner and rest untuk simpan tenaga nak gedebushhh esok kat Theme Park ;))




Muka memasing dah kenyang
Check in ajer akak rasa semua whatsapp terhenti memasung dah membungkang tidow gamaknya ;))
Esok jam 9.30 kami semua dah turun siap2 nak bermandi manda
Tapi sebelum tu akak berkayuh2an basikal
Sejam sewa basikal rm10 ~ kayuh sampai lebam
Ehhh bagus eksesais pepagi lepas sarapan

muka masing2 lepas sarapan 

tuan tanah nak berkayuhhh readyyy!!


Tuan Khemah punya turn pulak ~ eksen ajer ;))


Lepas berkayuh anak2 pun dah merengek2 nak mandi
Dah jom kita spalsshh anak2 ~ gedebushhhh
Kakak dengan firas memang tak sabar dah nak bermandi manda
Firas pulak beriya tapi sampai ajer situ takut pulak
Terpaksa lah mak ngko nie main air tepi2 bibir hajerr adoiii laaaa






Selesai dah berendam dekat 3 ke 4 jamm
Jari semua dah kecot jom kita lunch anak2
Pakej Hotel dan termasuk sekali dengan dinner and lunch so senang kerja ;)
Lepas dah semua siap2 kami terus check out dari Bukit Merah Laketown
Sebab ada lagi next pit stop kita di Cameron Highland pulak lepas nie



this is our family in FPDSB
hahahaha habes dah tengok gambar kan
sambung buat kije u olls ya
akak nak taip pulak untuk entry buaian akak yang dah lama tak enterprem

Sekian ;)))))




Wednesday, August 27, 2014

English Cradle

Meh rapat cepat dekat
wahhh intro mcm nak berniaga ubat kat pasar chow kit ajer khan!!
Bukan lahhh akak nak tunjuk kat korang semua English Cradle akak la
Yang nie pasang bebetul kat Dewan Bandar Baru Sentul
Sekali borak punya borak bila tanya customer nak buat kat mana
Nahhh dekat ngan rumah MIL akak la pulak
Senang kije lah kita kiranya
Meh jamu mata kelip2 korangss ya :)

Baby Azmeer Hairee
Date : 9 Ogos 2014
Theme : Off white + purple
Venue : Dewan Bandar Baru Sentul






Alhamdulilah ni lah hasil nya selepas memasang cradle
'Perantin' yang nak berdodoi pun masyallah sihat walafiat ~ bambam!!
Selesai memasang kami singgah kat rumah MIL kat atas pulak
Ohw ya yang nie more off white sebab bonda baby nak banyakkan off white
Nak sikit2 ajer kaler purple nya ~ buat pemanis ajer la kiranya ;)
Ok lah ada sesiapa yang berkenan ngan English Cradle nie klik kat bawah nie ya ;)

Facebook : Azma Azlim


SMS / CALL / WHATSAPP : 017 305 2063


Sekian ;)))))))

Wednesday, August 20, 2014

Enchanted Cradle

Hambvoiiii hover khann raya sakan
Blog ko dah berhabok2 dah nieh
Halahai akak memang malas betul nak hapdate
Tetambah lagi line internet yang sangat2 siput * conggek kening*

Alhamdulilah raya dah sakan
Maka duit dalam poket pun dah nak nipis
Mari kita membukak kedai kita balik ~ yeayy!!
Ada yang tepon tanya akak ngape tak hapdate2 lagi blog
Maaf lah yer akak ngkorang nie kalau raya macam bebudak skit riang gumbirraa!!

Nie project buaian masa seminggu lepas ghaye
Dalam FB pun akak tak masuk kan lagi
Akak langkau2 dah nie sebab nya tak larat nak install semua pic event yang lelepas
Nnt korang tengok dalam FB akak ya ~~~~~~> Azma Azlim

Enchanted Cradle
Baby Muhammad Amar Muqriz
Date : 9 Ogos 2014
Theme : Off white and Blue

 





Hurm siap kerja kita dah pasang memasang
Cuti lama kan harus akak terkial kial juga memasangnya
Kena pulak yang ini memang besar rangka buaian tu :)
Tapi sebab akak ske ngan kelambu2 tu kan...omey2 angat ;)))
Kalau sesiapa yang berminat nanti click ajer kat link bawah nie ya


Facebook : Azma Azlim

Fan Pages Facebook : Buaian Berendoi Azma Azlim Decor

Call / SMS / Whatsapp : 017 305 2063

Sekian ;))))))))



Monday, August 11, 2014

SELAMAT HARI RAYA ;)

Selamat Hari Raya untuk semua
Maaf Zahir dan Batin ya
Almaklumkan cuti panjang bebena
Nie pun akak rasa dah kelewatan jugak lah nak cakap Selamat Hari Raya

Korang!!!
Raya mcm mana semua?
Bereh belako ke?
Akak tengah dok terhegeh2 kumpulkan semua pic buaian yang lepas2
Insyallah nnt akak akan hapdate ye

Biasanya seminggu lepas raya
Akak dah mula buka kedai balik
jadi pada semua yang nak buat tempahan berendoi boleh lah
tempahan dibuka semula dah
lama sangat bercuti kan :))


Apa2 pun sekali lagi akak sekeluarga mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
KOSONG KOSONG IYE ;)




Doa menghadapi Peperiksaan untuk anak tersayang

Assalamualaikum semuaa Selamat Pagi yang barakah Punyala lama tak menyepikan diri Bukan apa sebab masa tak berapa nak mengizinkan.... T...